twitter
rss

g


Syukur alhamdulillah..pada 24 Mei yang lalu cikgu telah dijemput untuk menerima Anugerah Kepimpinan Guru Inovatif peringkat negeri Wilayah Persekutuan. cikgu berasa terkejut dan tidak menyangka cikgu berjaya mendapat anugerah tersebut kerana cikgu masih baru dalam dunia pendidikan. Inovasi cikgu bertajuk 'Kotak Darab ROCO' telah diterima menerima hadiah tersebut.

Sebelum ini juga cikgu telah diselia oleh Pegawai dari KPM untuk peringkat Kebangsaan sempena Hari Guru 2012 yang berlangsung di Kuala Kangsar Perak namun cikgu tidak berjaya ke peringkat akhir kerana kekurangan persediaan. Namun begitu cikgu sudah tahu sedikit sebanyak tips untuk ke peringkat lebih tinggi.

Kejayaan ini menyemarakkan lagi semangat cikgu untuk mencari dan meneroka inovasi baru untuk membantu murid memahami dengan lebih lanjut tentang kaedah Matematik Mudah. Insyaallah cikgu akan mencuba lagi tahun hadapan.

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

0 comments:

Post a Comment